Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا افْتَتَحَ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - خَيْبَرَ؛ جُعِلَتْ لَهُ مَأْدُبَةٌ، فَأَكَلَ مُتَّكِئاً، واطَّلَى فَأَصَابَتْهُ الشَّمْسُ؛ فَلَبِسَ الظُّلَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Rasulullah SAW membuka Khaibar, telah disediakan hidangan makanan untuk baginda. Lalu baginda pun menjamunya dalam keadaan bersandar. Kemudian matahari meninggi sehinggalah cahaya matahari mengenainya, kemudian baginda memakai kain yang menutupi (baginda dari cahaya matahari tersebut).
Sahabat Perawi
- Watsilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis no. 1241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Watsilah RA berkata: Ketika Rasulullah SAW membuka Khaibar, telah disediakan hidangan makanan untuk baginda. Lalu baginda pun menjamunya dalam keadaan bersandar. Kemudian matahari meninggi sehinggalah cahaya matahari mengenainya, kemudian baginda memakai kain yang menutupi (baginda dari cahaya matahari tersebut). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6201]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman