Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما سحر صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل – عليه السلام – بخاتم، فقال: لا يصيبك شيء ما دام هذا في يدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin seraya berkata: “Engkau tidak akan mendapatkan apapun jenis musibah selagi (cincin) ini berada di tanganmu”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis nombor 2781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن -رضي الله عنه -، قال: «لما سحر صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل – عليه السلام – بخاتم، فقال: لا يصيبك شيء ما دام هذا في يدك».
[بحشل في «تاريخ واسط»، عد، «الضعيفة» (5972).

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: “Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin seraya berkata: “Engkau tidak akan mendapatkan apapun jenis musibah selagi (cincin) ini berada di tanganmu”.”
[Riwayat Bahshal dalam kitab Tarikh Wasit dan Ibnu 'Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Du'afa. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5972]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.