Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin

Teks Bahasa Arab

لمَّا سُحِرَ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ أتاهُ جبريلُ - عليْهِ السَّلامُ - بخاتمٍ، فقالَ: لا يصيبُكَ شيءٌ ما دامَ هذا في يدِكَ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin seraya berkata: “Engkau tidak akan mendapatkan apapun jenis musibah selagi (cincin) ini berada di tanganmu”.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis no. 2781.

(موضوع) عن أنس بن -رضي الله عنه -، قال: «لما سحر صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل - عليه السلام - بخاتم، فقال: لا يصيبك شيء ما دام هذا في يدك». [بحشل في «تاريخ واسط»، عد، «الضعيفة» (5972).

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Ketika Rasulullah SAW disihir, Malaikat Jibril AS datang kepadanya dengan sebuah cincin seraya berkata: “Engkau tidak akan mendapatkan apapun jenis musibah selagi (cincin) ini berada di tanganmu”.” [Riwayat oleh Bahsal dalam kitab Tarikh Wasit, Ibnu 'Adi dalam kitab al-Kamil fi ad-Du'afa. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5972].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.