Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ جَاءَتِ الْأَنْصَارُ بِرِجَالِها وَنِسَائِهَا فَقَالُواْ : إِلَيْنَا يَا رَسُولَ اللهِ فَقَالَ : ((دَعُواْ النَّاقَةَ فَإِنَّهَا مَأْمُورَةٌ)) ، فَبَرَكَتْ عَلَى بَابِ أَبِي أَيُّوبٍ قَالَ : فَخَرَجَتْ جَوارٌ مِنْ بَنِي النَّجَارِِ يَضْرِبْنَ بِالدُّفُوفِ وَهُنَّ يَقُلْنَ : "نَحْنُ جَوَارٌ مِنْ بَنِي النَّجَارِ ، يَا حَبَّذَا مُحَمَّدٌ مِنْ جَارٍِ". فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ((أََتُحِبُّونِي ؟)) فَقَالُواْ : إِِيْ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ : ((أَنَا وَاللَّهِ أُُحِبُّكُمْ وَأَنَا وَاللَّهِ أُُحِبُّكُمْ وَأَنَا وَاللَّهِ أُُحِبُّكُمْ)).
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW datang ke Madinah. Apabila baginda tiba di Madinah, telah datanglah golongan Ansar daripada kalangan lelaki dan perempuan, mereka berkata : "Datanglah kepada kami wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Biarkan unta ini, kerana sesungguhnya ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut tunduk berhenti di pintu Abu Ayyub. Anas berkata : Maka keluarlah jiran daripada kalangan Bani Najjar memukul alat gendangnya (duff) lalu mereka berkata: "Kamilah jiran daripada Bani Najjar *** Alangkah baiknya Muhammad daripada kalangan jiran kami". Lalu Rasululllah SAW datang kepada mereka dan baginda bertanya: ((Adakah kalian semua menyintaiku?)). Mereka menjawab : "Benar, demi Allah wahai Rasulullah!" Baginda menjawab: ((Aku, demi Allah cinta kepada kalian semua, aku demi Allah cinta kepada kamu semua, dan aku demi Allah cinta kepada kamu semua.))
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1641, hadis no. 8301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar keseluruhannya) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW datang ke Madinah. Apabila baginda tiba di Madinah, telah datanglah golongan Ansar daripada kalangan lelaki dan perempuan, mereka berkata : Datanglah kepada kami wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Biarkan unta ini, kerana sesungguhnya ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut tunduk berhenti di pintu Abu Ayyub. Anas berkata : Maka keluarlah jiran daripada kalangan Bani Najjar memukul alat gendangnya (duff) lalu mereka berkata: "Kamilah jiran daripada Bani Najjar*** Alangkah baiknya Muhammad daripada kalangan jiran kami". Lalu Rasulullah SAW datang kepada mereka dan baginda bertanya: ((Adakah kalian semua mencintaiku?)) mereka menjawab : Benar, demi Allah wahai Rasulullah! Baginda menjawab: ((Aku, demi Allah cinta kepada kalian semua, aku demi Allah cinta kepada kamu semua, dan aku demi Allah cinta kepada kamu semua.)) [Riwayat al-Baihaqi di dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6508)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman