Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَقولي هذا يا عائشَةُ ! فإنَّها قد أسلمَت ، وحسُنَ إسلامُها.
Teks Bahasa Melayu
Jangan berkata sedemikian wahai Aishah! Sesungguhnya ia telah masuk Islam dan amatlah baik pengislamannya itu.
Sahabat Perawi
- ‘Ata’ bin Yasar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 957, hadis no. 4941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Diriwayatkan daripada ‘Ata’ bin Yasar telah berkata: Ketika Rasulullah SAW bersama Safiah menghampiri Khaibar, Baginda menurunkannya di salah sebuah rumah Harisah bin al-Nu’man, lalu tersebarlah berita kecantikan Safiah di kalangan wanita Ansar. Mereka pun datang untuk melihatnya lalu Aishah dalam keadaan berpurdah telah berjumpa dengannya lantas mengenalinya. Apabila Aishah keluar, Rasulullah SAW lalu bersabda: Bagaimanakah menurut pandanganmu wahai Aishah? Jawab Aishah: Aku melihat seorang Yahudi! Sabda Nabi SAW: Jangan berkata sedemikian wahai Aishah! Sesungguhnya ia telah masuk Islam dan amatlah baik pengislamannya itu. [Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5980].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman