Ketika Rasulullah SAW bersahur, Bilal telah datang lalu berkata: Telah masuk waktu solat, wahai Rasulullah!

TEKS BAHASA ARAB

كان يتسحر فجاءه بلال فقال: الصلاة يا رسول الله فسكت فلم يرجع شيئا، وفي رواية: فثبت كما هو يأكل، ثم أتاه فقال: الصلاة وهو على حاله. فرجع بلال الثالثة فقال: الصلاة يا رسول الله فقد والله أصبحت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رحم الله بلالا لولا بلال لرجوت أن يرخص لنا إلى طلوع الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW bersahur, Bilal telah datang lalu berkata: Telah masuk waktu solat, wahai Rasulullah! Maka Baginda pun diam dan tidak berkata sesuatu pun. Dalam riwayat lain: Baginda tetap begitu dan meneruskan makan dan kemudian Bilal datang lalu berkata: Solat. Dan Baginda dalam keadaan itu (iaitu makan). Maka Bilal pun berkata lagi buat kali yang ketiga: Solat, wahai Rasulullah! Sesungguhnya Demi Allah telah masuk waktu Solat Subuh). Maka Baginda berkata: Moga Allah merahmati Bilal, jika tidak kerana Bilal, aku akan memohon kebenaran untuk terus makan sehingga terbit matahari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis nombor 5863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حكيم بن جابر قال: أخبرت أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: كان يتسحر فجاءه بلال فقال: الصلاة يا رسول الله فسكت فلم يرجع شيئا، وفي رواية: فثبت كما هو يأكل ثم أتاه فقال: الصلاة وهو على حاله. فرجع بلال الثالثة فقال: الصلاة يا رسول الله فقد والله أصبحت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رحم الله بلالا لولا بلال لرجوت أن يرخص لنا إلى طلوع الشمس. [أبو داود في المراسيل، عب، الضعيفة (6452)]

(Lemah) Daripada Hakim bin Jabir telah berkata: Aku telah diberitahu bahawa: Ketika Rasulullah SAW bersahur, Bilal telah datang lalu berkata: Telah masuk waktu solat, wahai Rasulullah! Maka Baginda pun diam dan tidak berkata sesuatu pun. Dalam riwayat lain: Baginda tetap begitu dan meneruskan makan dan kemudian Bilal datang lalu berkata: Solat. Dan Baginda dalam keadaan itu (iaitu makan). Maka Bilal pun berkata lagi buat kali yang ketiga: Solat, wahai Rasulullah! Sesungguhnya Demi Allah telah masuk waktu Solat Subuh). Maka Baginda berkata: Moga Allah merahmati Bilal, jika tidak kerana Bilal, aku akan memohon kebenaran untuk terus makan sehingga terbit matahari. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil dan Abdul Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6452]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs