Ketika Rasulullah SAW baru pulang daripada peperangan Khaybar

TEKS BAHASA ARAB

لما أقبل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من غزوة خيبر، نزل عليه: {إذا جآء نصرالله والفتح} إلى آخر القصة. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جآء نصرالله والفتح. ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا. فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد)). قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون: آمنا؟ قال: ((على الإحداث في الدين؛ إذا ما عملوا بالرأي، ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب: أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن أعرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: ((تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين، ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا، لم يكن أحق به منك؛ لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وصهرك، وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان بلاء أبي طالب إياي، ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW baru pulang daripada peperangan Khaybar, turunlah ayat: “(Surah al-Nasr) hingga akhir ayat. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ‘Ali bin Abi Talib, wahai Fatimah! (Surah al-Nasr hingga akhir), sesungguhnya ia (jihad) benar bakal berlaku, (kalian pasti memerangi sekalipun) orang-orang Mukmin sepeninggalanku.” ‘Ali pun berkata: “Atas dasar apa kami memerangi orang-orang Mukmin yang telah mengatakan: “Kami telah beriman (dengan Allah dan Rasul-Nya)?” Rasulullah bersabda: “Atas dasar perbuatan baharu yang direka-reka di dalam agama, juga ketika umat beramal dengan akal mereka, sedangkan tiada ruang untuk rekayasa akal di dalam beragama, sesungguhnya agama itu milik Tuhan semata-mata; baik segala arahannya mahupun larangannya.” (‘Ali) pun berkata: ‘Wahai Rasulullah, apakah petunjuk darimu sekiranya kami menghadapi sesuatu hal tersebut, tiada langsung ayat al-Quran yang turun berkenaannya, juga tiada langsung pedoman daripada sunnah-mu?”.
(Rasulullah) bersabda: “Hendaklah kalian melaksanakan syura (perbincangan) dalam kalangan orang-orang yang kuat lagi benar ibadahnya, dalam kalangan orang-orang yang beriman. Janganlah mereka memutuskan hukum apa pun dengan akal semata-mata. Sesungguhnya sekiranya aku hendak melantik seseorang sebagai pengganti selepas ketiadaanku, tiada yang lebih berhak untuk kedudukanku ini melainkan dirimu (‘Ali) kerana engkau manusia yang terawal memeluk Islam, dan hubungan kekeluargaanmu dengan Rasulullah SAW, juga kerana engkau memiliki hubungan kekeluargaan denganku menerusi isterimu, yang merupakan penghulu sekalian wanita beriman, juga kerana segala apa yang berlaku sebelum ini berupa kedukaan yang menimpa diriku kerana Abu Talib (kematiannya di atas kekufuran), lantas turunlah ayat al-Quran (berkenaannya), dan aku tekad untuk memelihara anaknya (‘Ali) buat dirinya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1031, hadis nombor 5288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع، آثار الوضع عليه لائحة) عن عكرمة عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: لما أقبل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من غزوة خيبر، نزل عليه: {إذا جآء نصرالله والفتح} إلى آخر القصة. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جآء نصرالله والفتح. ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا. فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد)). قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون: آمنا؟ قال: ((على الإحداث في الدين؛ إذا ما عملوا بالرأي، ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب: أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن أعرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: ((تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين، ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا، لم يكن أحق به منك؛ لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وصهرك، وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان بلاء أبي طالب إياي، ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده)). [طب، الضياء، ((الضعيفة)) (6814)]

(Palsu, Petanda Kepalsuannya Amat Jelas)
Daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas RA (beliau) berkata: “Ketika Rasulullah SAW baru pulang daripada peperangan Khaybar, turunlah ayat: “(Surah al-Nasr) hingga akhir ayat. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ‘Ali bin Abi Talib, wahai Fatimah! (Surah al-Nasr hingga akhir), sesungguhnya ia (jihad) benar bakal berlaku, (kalian pasti memerangi sekalipun) orang-orang Mukmin sepeninggalanku.” ‘Ali pun berkata: “Atas dasar apa kami memerangi orang-orang Mukmin yang telah mengatakan: “Kami telah beriman (dengan Allah dan Rasul-Nya)?” Rasulullah bersabda: “Atas dasar perbuatan baharu yang direka-reka di dalam agama, juga ketika umat beramal dengan akal mereka, sedangkan tiada ruang untuk rekayasa akal di dalam beragama, sesungguhnya agama itu milik Tuhan semata-mata; baik segala arahannya mahupun larangannya.” (‘Ali) pun berkata: ‘Wahai Rasulullah, apakah petunjuk darimu sekiranya kami menghadapi sesuatu hal tersebut, tiada langsung ayat al-Quran yang turun berkenaannya, juga tiada langsung pedoman daripada sunnah-mu?”.
(Rasulullah) bersabda: “Hendaklah kalian melaksanakan syura (perbincangan) dalam kalangan orang-orang yang kuat lagi benar ibadahnya, dalam kalangan orang-orang yang beriman. Janganlah mereka memutuskan hukum apa pun dengan akal semata-mata. Sesungguhnya sekiranya aku hendak melantik seseorang sebagai pengganti selepas ketiadaanku, tiada yang lebih berhak untuk kedudukanku ini melainkan dirimu (‘Ali) kerana engkau manusia yang terawal memeluk Islam, dan hubungan kekeluargaanmu dengan Rasulullah SAW, juga kerana engkau memiliki hubungan kekeluargaan denganku menerusi isterimu, yang merupakan penghulu sekalian wanita beriman, juga kerana segala apa yang berlaku sebelum ini berupa kedukaan yang menimpa diriku kerana Abu Talib (kematiannya di atas kekufuran), lantas turunlah ayat al-Quran (berkenaannya), dan aku tekad untuk memelihara anaknya (‘Ali) buat dirinya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6814]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs