Ketika Rasulullah SAW ada bersama kami

TEKS BAHASA ARAB

بينما نحن عند رسول الله -صلى الله عليه وسلم -؛ إذ أقبل فتية من بني هاشم، فلما رآهم النبي -صلى الله عليه وسلم -؛ اغرورقت عيناه، وتغير لونه، قال: فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا تكرهه؟ فقال: (( إنا أهل بيت؛ اختار الله لنا الآخرة على الدنيا، وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا، حتى يأتي قوم من قبل المشرق؛ معهم رایات سود، فيسألون الخير، فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون، فيعطون ما سألوا؛ فلا يقبلونه، حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي؛ فيملؤها قسطا؛ کما ملؤوها جورا، فمن أدرك ذلك منكم؛ فليأتهم ولو حبوا على الثلج )).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW ada bersama kami; Sekumpulan pemuda dari bani Hasyim telah datang. Tatkala Nabi SAW melihat mereka, air matanya mula mengalir dan bertukar warnanya. Dia berkata, maka aku bertanya: "Kami tertanya-tanya tatkala melihat wajahmu kelihatan seperti ada sesuatu yang engkau tidak sukai." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya kami ahli bait, Allah telah memilih akhirat ke atas dunia untuk kami. Sesungguhnya ahli baitku; mereka akan menghadapi bala, pengabaian dan pengusiran. Sehinggalah akan datang satu kaum dari timur; bersama mereka panji-panji hitam. Mereka inginkan jawatan kepimpinan namun tidak diberikan. Maka mereka pun berperang dan mencapai kemenangan. Lalu, diberikan apa yang mereka inginkan tetapi mereka tidak menerimanya lalu menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli baitku. Lelaki tersebut memenuhinya dengan penuh saksama; sepertimana mereka memenuhinya dengan zalim. Barangsiapa yang sempat bertemu dengan waktu itu; pergilah kepada mereka walau terpaksa merangkak di atas salji."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1891, hadis nombor 9518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: بينما نحن عند رسول الله -صلى الله عليه وسلم -؛ إذ أقبل فتية من بني هاشم، فلما رآهم النبي -صلى الله عليه وسلم -؛ اغرورقت عيناه، وتغير لونه، قال: فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا تكرهه؟ فقال: ((إنا أهل بيت؛ اختار الله لنا الآخرة على الدنيا، وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا، حتى يأتي قوم من قبل المشرق؛ معهم رایات سود، فيسألون الخير، فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون، فيعطون ما سألوا؛ فلا يقبلونه، حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي؛ فيملؤها قسطا؛ کما ملؤوها جورا، فمن أدرك ذلك منكم؛ فليأتهم ولو حبوا على الثلج)). [هـ، ابن أبي عاصم، عق، ((الضعيفة))، (5203)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Ketika Rasulullah SAW ada bersama kami; Sekumpulan pemuda dari bani Hasyim telah datang. Tatkala Nabi SAW melihat mereka, air matanya mula mengalir dan bertukar warnanya. Dia berkata, maka aku bertanya: "Kami tertanya-tanya tatkala melihat wajahmu kelihatan seperti ada sesuatu yang engkau tidak sukai." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya kami ahli bait, Allah telah memilih akhirat ke atas dunia untuk kami. Sesungguhnya ahli bait; mereka akan menghadapi bala, pengusiran dan akan diburu. Sehinggalah akan datang satu kaum dari timur; bersama mereka panji-panji hitam. Mereka inginkan jawatan kepimpinan namun tidak diberikan. Maka mereka pun berperang dan mencapai kemenangan. Lalu, diberikan apa yang mereka inginkan tetapi mereka tidak menerimanya lalu menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli baitku. Lelaki tersebut menjawatnya dengan penuh saksama; sepertimana dia menjawatnya dengan zalim. Barangsiapa yang sempat bertemu dengan waktu itu; pergilah kepada mereka walau terpaksa merangkak di atas salji." [Riwayat Ibn Majah, Ibn Abi 'Asim dan al-'Uqayli dalam al-Du'afaa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5203]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs