Ketika Rasulullah membuka kota Mekah, baginda bergerak ke Taif

TEKS BAHASA ARAB

لما افتتح رسول الله مكة؛ انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها، ثم أوغل روحة أو غدوة، ثم نزل، ثم هجر؛ فقال: ((أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني – أو كنفسي -؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم)). فأخذ بيد علي فقال: ((هذا هو)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah membuka kota Mekah, baginda bergerak ke Taif dan mengepungnya selama 18 atau 19 hari dan tidak berjaya membukanya. Pada waktu siang atau malam, baginda cuba menembusi Taif. Selepas berjaya menembusi Taif, baginda turun dan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Kini aku berkuasa terhadap kalian. Aku wasiatkan kalian untuk berbuat baik kepada ahli keluargaku. Sesungguhnya sebuah telaga dijanjikan kepada kalian. Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, atau aku akan utuskan kepada kalian seorang lelaki dari kalanganku – atau seperti aku –; maka leher-leher tentera kamu akan dia penggal dan keturunan-keturunan kamu akan dia tawan.” Maka baginda memegang tangan ‘Ali dan berkata: “Inilah lelaki tersebut.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1881, hadis nombor 9475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه-، قال: لما افتتح رسول الله مكة؛ انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها، ثم أوغل روحة أو غدوة، ثم نزل، ثم هجر؛ فقال: ((أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني – أو كنفسي -؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم)). فأخذ بيد علي فقال: ((هذا هو)). [ع، ((الضعيفة)) (4960)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA, berkata: Ketika Rasulullah membuka kota Mekah, baginda bergerak ke Taif dan mengepungnya selama 18 atau 19 hari dan tidak berjaya membukanya. Pada waktu siang atau malam, baginda cuba menembusi Taif. Selepas berjaya menembusi Taif, baginda turun dan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Kini aku berkuasa terhadap kalian. Aku wasiatkan kalian untuk berbuat baik kepada ahli keluargaku. Sesungguhnya sebuah telaga dijanjikan kepada kalian. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, atau aku akan utuskan kepada kalian seorang lelaki dari kalanganku – atau seperti aku –; maka leher-leher tentera kamu akan dipenggal dan keturunan-keturunan kamu akan ditawan.” Maka baginda memegang tangan ‘Ali dan berkata: “Inilah lelaki tersebut.” [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4960]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs