TEKS BAHASA ARAB
ما نصب رسول الله ﷺ عليا بغدير (خم)، فنادى له بالولاية، هبط جبريل -عليه السلام- بهذه الآية: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Rasulullah melantik ‘Ali di sungai (Khom), baginda mengumumkan untuknya wilayah (kepimpinan). Kemudian turunlah Jibril AS dengan ayat ini: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1872-1873, hadis nombor 9438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابي سعيد -رضي الله عنه-، قال: ((لما نصب رسول الله ﷺ عليا بغدير (خم)، فنادى له بالولاية، هبط جبريل -عليه السلام- بهذه الآية: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ})). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4923)].
(Palsu) Daripada Abu Said RA berkata: "Ketika Rasulullah melantik ‘Ali di sungai (Khom), baginda mengumumkan untuknya wilayah (kepimpinan). Kemudian turunlah Jibril AS dengan ayat ini: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4923]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.