Ketika orang-orang kaya memelihara ayam

TEKS BAHASA ARAB

عند اتخاذ الأغنياء الدجاج يأذن الله تعالى بهلاك القرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika orang-orang kaya memelihara ayam, Allah memberikan izin untuk membinasakan kampung tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 55, hadis nombor 301. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Damiri, juga dipersetujui oleh penulis (al-Suyuti) dalam Ikhtisar Hayah al-Hayawan menyebutkan: Ia Wahin (sangat daif)". Namun, di sisi kami ia palsu. Orang-orang kaya telah memelihara ayam sebagai pendapatan atau perniagaan, namun Allah tidak membinasakan kampung tersebut, ia menunjukkan bahawa hadith ini palsu dan Nabi SAW tidak mengucapkan kata-kata seumpama hadith batil ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs