Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عِنْدَ اتِّخَاذِ الأَغْنِيَاءِ الدَّجَاجَ يأْذَنُ الله تَعَالَى بهلاك القرى.
Teks Bahasa Melayu
Ketika orang-orang kaya memelihara ayam, Allah memberikan izin untuk membinasakan kampung tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 55, hadis no. 301. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Damiri, juga dipersetujui oleh penulis (al-Suyuti) dalam Ikhtisar Hayah al-Hayawan menyebutkan: Ia Wahin (sangat daif)". Namun, di sisi kami ia palsu. Orang-orang kaya telah memelihara ayam sebagai pendapatan atau perniagaan, namun Allah tidak membinasakan kampung tersebut, ia menunjukkan bahawa hadith ini palsu dan Nabi SAW tidak mengucapkan kata-kata seumpama hadith batil ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman