TEKS BAHASA ARAB
لما مات النبي صلى الله عليه وسلم زرّر عليه قميصه الذي كفن فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Nabi SAW wafat, Baginda telah dikafankan dengan baju Baginda.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis nombor 5845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رض الله عنه قال: لما مات النبي صلى الله عليه وسلم زرّرعليه قميصه الذي كفن فيه. [عد، خط، الضعيفة (5909)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Ketika Nabi SAW wafat, Baginda telah dikafankan dengan baju Baginda. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5909]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.