Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما مات النبي صلى الله عليه وسلم -؛[زُوِّرَ عليهِ قَمِيصُهُ الذي كُفِّنَ فِيْهِ].
Teks Bahasa Melayu
Ketika Nabi SAW wafat, Baginda telah dikafankan dengan baju Baginda.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis no. 5845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رض الله عنه قال: لما مات النبي صلى الله عليه وسلم زرّرعليه قميصه الذي كفن فيه. [عد، خط، الضعيفة (5909)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Ketika Nabi SAW wafat, Baginda telah dikafankan dengan baju Baginda. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5909]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman