Ketika Nabi SAW memasuki Makkah, Baginda mendapati terdapat 360 buah berhala

TEKS BAHASA ARAB

لما دخل مكة وجد بها ثلاثمائة وستين صنما فأشار بعصاه إلى كل صنم وقال: {جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا} فيسقط الصنم ولم يمسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW memasuki Mekah, Baginda mendapati terdapat 360 buah berhala. Baginda menghalakan tongkat baginda kepada setiap berhala ini sambil membaca : "Kebenaran telah tiba, dan kebatilan telah tertumpas. Sesungguhnya kebatilan itu akan sentiasa tumpas". Lalu berhala-berhala mula runtuh, sedangkan Baginda tidak menyentuhnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1092, hadis nombor 5549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم لَمَّا دخلَ مَكَّةَ وَجَدَ بِهَا ثَلاثَمِائَةٍ وَسِتِّينَ صَنَمًا فَأَشَارَ بِعَصَاهُ إِلَى كُلِّ صَنَمٍ وَقَالَ: {جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا} فَيَسْقُطُ الصَّنَمُ وَلَمْ يَمَسَّهُ. [حب، طس، الضعيفة (6397)].

(Munkar dengan teks lengkap ini) Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Ketika Nabi SAW memasuki Mekah, Baginda mendapati terdapat 360 buah berhala. Baginda menghalakan tongkat baginda kepada setiap berhala ini sambil membaca : "Kebenaran telah tiba, dan kebatilan telah tertumpas. Sesungguhnya kebatilan itu akan sentiasa tumpas". Lalu berhala-berhala mula runtuh, sedangkan Baginda tidak menyentuhnya. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Kabir, Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6397].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs