Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا دخلَ مَكَّةَ، وَجَدَ بِهَا ثَلاثَمِائَةٍ وَسِتِّينَ صَنَماً، فَأَشَارَ بِعَصَاهُ إِلَى كُلِّ صَنَمٍ، وَقَالَ: {جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً} فَيَسْقُطُ الصَّنَمُ، وَلَمْ يَمَسَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Nabi SAW memasuki Mekah, Baginda mendapati terdapat 360 buah berhala. Baginda menghalakan tongkat baginda kepada setiap berhala ini sambil membaca : "Kebenaran telah tiba, dan kebatilan telah tertumpas. Sesungguhnya kebatilan itu akan sentiasa tumpas". Lalu berhala-berhala mula runtuh, sedangkan Baginda tidak menyentuhnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1092, hadis no. 5549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم لَمَّا دخلَ مَكَّةَ وَجَدَ بِهَا ثَلاثَمِائَةٍ وَسِتِّينَ صَنَمًا فَأَشَارَ بِعَصَاهُ إِلَى كُلِّ صَنَمٍ وَقَالَ: {جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا} فَيَسْقُطُ الصَّنَمُ وَلَمْ يَمَسَّهُ. [حب، طس، الضعيفة (6397)].
(Munkar dengan teks lengkap ini) Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Ketika Nabi SAW memasuki Mekah, Baginda mendapati terdapat 360 buah berhala. Baginda menghalakan tongkat baginda kepada setiap berhala ini sambil membaca : "Kebenaran telah tiba, dan kebatilan telah tertumpas. Sesungguhnya kebatilan itu akan sentiasa tumpas". Lalu berhala-berhala mula runtuh, sedangkan Baginda tidak menyentuhnya. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Kabir, Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6397].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman