TEKS BAHASA ARAB
حديث: لما أسري بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم، إلى السماء السابعة، قال له جبريل: رويدا، فإن ربك يصلي، قال: وهو يصلي؟، قال: نعم، قال: ومايقول؟ قال: يقول: سبوح قدوس، رب الملائكة والروح، سبقت رحمتي غضبي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ketika Nabi SAW dinaikkan ke langit ketujuh, Jibril berkata kepada baginda: Sebentar, tuhanmu sedang berdoa. Baginda bersabda: Sedang berdoa? Jibril menjawab: Ya. Baginda bertanya: Apa yang disebutkan oleh-Nya? Jibril berkata: Maha Suci Tuhan kepada Malaikat dan Roh.RahmatKu telah mengatasi kemurkaan-Ku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 444, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رجاله ثقات، لكنه موقوف على عطاء، فلعله سمعه ممن لا يوثق به، وفي إسناده: محمد بن يحيى الحفار.قال الذهبي: لا ندري من ذا؟، وأورد له هذا الحديث، وقال: هذا منكر.
Perawinya adalah thiqah, namun ia mauquf kepada Ata’. Boleh jadi dia mendengar daripada orang yang tidak dipercayai. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Yahya al-Hafar.Al-Zahabi berkata: Aku tidak mengetahui siapakah ini? Lalu hadis ini diriwayatkan. Dia berkata: Hadis ini munkar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.