Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Nabi SAW dinaikkan ke langit ketujuh

Teks Bahasa Arab

حديث: لَمَّا أُسْرِيَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ، قَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: رُوَيْدًا، فَإِنَّ رَبَّكَ يُصَلِّي، قَالَ: وَهُوَ يصلي؟، قال: نعم، قال: ومايقول؟ قَالَ: يَقُولُ: سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ، سَبَقَتْ رَحْمَتِي غَضَبِي.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika Nabi SAW dinaikkan ke langit ketujuh, Jibril berkata kepada baginda: Sebentar, tuhanmu sedang berdoa. Baginda bersabda: Sedang berdoa? Jibril menjawab: Ya. Baginda bertanya: Apa yang disebutkan oleh-Nya? Jibril berkata: Maha Suci Tuhan kepada Malaikat dan Roh.RahmatKu telah mengatasi kemurkaan-Ku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 444, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رجاله ثقات، لكنه موقوف على عطاء، فلعله سمعه ممن لا يوثق به، وفي إسناده: محمد بن يحيى الحفار.قال الذهبي: لا ندري من ذا؟، وأورد له هذا الحديث، وقال: هذا منكر.

Perawinya adalah thiqah, namun ia mauquf kepada Ata’. Boleh jadi dia mendengar daripada orang yang tidak dipercayai. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Yahya al-Hafar.Al-Zahabi berkata: Aku tidak mengetahui siapakah ini? Lalu hadis ini diriwayatkan. Dia berkata: Hadis ini munkar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.