Ketika Nabi SAW bersama dengan Jibril. Secara tiba-tiba Abu Bakar melintasi jalan tersebut. Jibril berkata: Ini Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: بينما النبي صلى الله عليه وآله وسلم مع جبريل، إذ مر أبو بكر. فقال: هذا أبو بكر. قال: أتعرفه يا جبريل؟ قال: نعم. إنه في السماء أشهر منه في الأرض. إن الملائكة لتسميه حليم قريش، وإنه وزيرك في حياتك، وخليفتك بعد موتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika Nabi SAW bersama dengan Jibril. Secara tiba-tiba Abu Bakar melintasi jalan tersebut. Jibril berkata: Ini Abu Bakar. Nabi SAW bersabda: Adakah engkau mengenalinya wahai Jibril? Jibril menjawab: Ya. Dia lebih masyhur di langit berbanding di bumi. Malaikat memanggilnya dengan gelaran orang yang paling lembut dalam kalangan Quraisy (Halim Quraisy). Dia adalah menteri kamu dalam hidupmu dan khalifah ( iaitu orang yang akan menggantimu) selepas kewafatan kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 332-333, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعا. وفي إسناده: إسماعيل بن محمد بن يوسف، كذاب. وذكر له صاحب اللآلىء طريقا أخرى، فيها وضاع.
وقال الذهبي: إسناده مظلم، وتعقبه ابن حجر في اللسان: بأن رجاله معروفون بالثقة. وليس فيهم من ينظر في حاله؛ إلا المعلى بن الوليد. وقد ذكره ابن حبان في الثقات. قلت: بل في إسناده إسماعيل بن محمد، كما ذكرنا. وقد قال الحاكم: إنه يروى الموضوعات.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya terdapat Ismail bin Muhammad bin Yusuf, seorang pendusta. Pengarang kitab al-Laali’ menyebutkan jalur yang lain bagi hadith ini, di dalamnya ada perawi yang memalsukan hadith.
Al-Zahabi berkata: Sanadnya gelap. Ibn Hajar memberikan komentar dalam kitab Al-Lisan bahawa perawinya adalah yang dipercayai kecuali al-Mu’alla bin al-Walid yang mesti diteliti halnya. Ia disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Aku berkata: Bahkan pada sanadnya terdapat Ismail bin Muhammad seperti yang disebutkan. Al-Hakim berkata: Dia meriwayatkan hadith-hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs