Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مَعَ جِبْرِيلَ، إِذْ مَرَّ أَبُو بَكْرٍ. فَقَالَ: هَذَا أَبُو بَكْرٍ. قَالَ: أَتَعْرِفُهُ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: نَعَمْ. إِنَّهُ فِي السَّمَاءِ أَشْهَرُ مِنْهُ فِي الأَرْضِ. إِنَّ الْمَلائِكَةَ لَتُسَمِّيهُ حَلِيمَ قُرَيْشٍ، وَإِنَّهُ وَزِيرُكَ فِي حَيَاتِكَ، وَخَلِيفَتُكَ بَعْدَ مَوْتِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ketika Nabi SAW bersama dengan Jibril. Secara tiba-tiba Abu Bakar melintasi jalan tersebut. Jibril berkata: Ini Abu Bakar. Nabi SAW bersabda: Adakah engkau mengenalinya wahai Jibril? Jibril menjawab: Ya. Dia lebih masyhur di langit berbanding di bumi. Malaikat memanggilnya dengan gelaran orang yang paling lembut dalam kalangan Quraisy (Halim Quraisy). Dia adalah menteri kamu dalam hidupmu dan khalifah ( iaitu orang yang akan menggantimu) selepas kewafatan kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 332-333, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعا. وفي إسناده: إسماعيل بن محمد بن يوسف، كذاب. وذكر له صاحب اللآلىء طريقا أخرى، فيها وضاع. وقال الذهبي: إسناده مظلم، وتعقبه ابن حجر في اللسان: بأن رجاله معروفون بالثقة. وليس فيهم من ينظر في حاله؛ إلا المعلى بن الوليد. وقد ذكره ابن حبان في الثقات. قلت: بل في إسناده إسماعيل بن محمد، كما ذكرنا. وقد قال الحاكم: إنه يروى الموضوعات.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya terdapat Ismail bin Muhammad bin Yusuf, seorang pendusta. Pengarang kitab al-Laali’ menyebutkan jalur yang lain bagi hadith ini, di dalamnya ada perawi yang memalsukan hadith. Al-Zahabi berkata: Sanadnya gelap. Ibn Hajar memberikan komentar dalam kitab Al-Lisan bahawa perawinya adalah yang dipercayai kecuali al-Mu’alla bin al-Walid yang mesti diteliti halnya. Ia disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Aku berkata: Bahkan pada sanadnya terdapat Ismail bin Muhammad seperti yang disebutkan. Al-Hakim berkata: Dia meriwayatkan hadith-hadith yang palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman