Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Nabi Ibrahim membuat seruan haji baginda melafazkan talbiyah,

Teks Bahasa Arab

حديث: لما نادى إبراهيم بالحج لبى الخلق فمن لبى تلبية واحدة حج حجة واحدة ومن لبى مرتين حج حجتين _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Ketika Nabi Ibrahim membuat seruan haji baginda melafazkan talbiyah, Sesiapa yang melafazkan talbiyah haji sekali, maka dia mengerjakan haji sekali, sesiapa yang melafazkan talbiyah dua kali maka seolah mengerjakan haji dua kali….hingga akhir hadith”

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: هو من نسخة محمد بن الأشعث التي عامتها مناكير

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: hadith ini diriwayatkan daripada Naskhah Muhammad bin al-Asy’ath yang umumnya munkar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.