TEKS BAHASA ARAB
حديث: "لما بنى إبراهيم البيت صلى في كل ركن ألف ركعة. فأوحى الله إليه: يا إبراهيم كأنك سترت عورة أو أشبعت جوعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ketika Nabi Ibrahim membina kaabah baginda solat di setiap rukun (penjuru) kaabah seribu rakaat, kemudian Allah SWT mewahyukan (berfirman) kepadanya: Wahai Ibrahim, seakan-akan engkau telah menutup aurat atau memberi makan orang yang kelaparan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الذيل: قال ابن تيمية: موضوع وهو كما قال.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: Ibn Taimiyyah berkata: Hadith ini palsu. Ia adalah seperti pendapat beliau.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.