Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Nabi Ibrahim membina kaabah baginda solat di setiap rukun kaabah seribu rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: "لما بنى إبراهيم البيت صلى في كل ركن ألف ركعة. فأوحى الله إليه: يا إبراهيم كأنك سترت عورة أو أشبعت جوعة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika Nabi Ibrahim membina kaabah baginda solat di setiap rukun (penjuru) kaabah seribu rakaat, kemudian Allah SWT mewahyukan (berfirman) kepadanya: Wahai Ibrahim, seakan-akan engkau telah menutup aurat atau memberi makan orang yang kelaparan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis no. 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: قال ابن تيمية: موضوع وهو كما قال.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: Ibn Taimiyyah berkata: Hadith ini palsu. Ia adalah seperti pendapat beliau.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.