Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا أَهْبَطَ اللَّهُ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، قَامَ وِجَاهَ الْكَعْبَةِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، فَأَلْهَمَهُ اللَّهُ هَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ! إِنَّكَ تَعْلَمُ سَرِيرَتِي وَعَلَانِيَتِي، فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي، وَتَعْلَمُ حَاجَتِي، فَأَعْطِنِي سُؤْلِي، وَتَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي. اللَّهُمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَاناً يُبَاشِرُ قَلْبِي، وَيَقِيناً صَادِقاً حَتَّى أَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي، وَرِضاً بِمَا قَسَمْتَ لِي! فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: يَا آدَمُ! إِنِّي قَدْ قَبِلْتُ تَوْبَتَكَ، وَغَفَرْتُ لَكَ ذَنْبِكَ، وَلَنْ يَدْعُنِي أَحَدٌ بِهَذَا الدُّعَاءِ إِلَّا غَفَرْتُ لَهُ ذَنْبَهُ، وَكَفَيْتُهُ الْمُهِمَّ مِنْ أَمْرِهِ، وَزَجَرْتُ عَنْهُ الشَّيْطَانَ، وَاتْجَرْتُ لَهُ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تَاجِرٍ، وَأَقْبَلَتْ إِلَيْهِ الدُّنْيَا رَاغِمَةً، وَإِنْ لَمْ يُرِدْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Bila mana Allah menurunkan Adam ke bumi, baginda berdiri menghadap Kaabah lalu mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Lalu Allah mengilhamkan kepada Nabi Adam doa yang berikut: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang jelas padaku, maka terimalah pengampunanku ini dan Engkau tahu akan hajatku makan berilah permintaanku. Engkau juga tahu apa yang ada di dalam diriku maka ampunilah dosaku. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang memenuhi hatiku serta sebenar-benar keyakinan sehinggalah aku tahu bahawa tidak akan ada sesuatu yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan bagiku, aku juga memohon keredhaan dengan apa yang telah Engkau bahagikan untukku! Lalu Allah memberinya wahyu: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menerima taubatmu dan Aku telah mengampunkan dosamu. Dan tidak pernah seorang pun berdoa pada-Ku dengan doa ini melainkan Aku mengampunkan dosanya dan Aku cukupkan kepentingan urusannya dan Aku jauhkan syaitan darinya, dan Aku menambahkan untuknya rezekinya daripada setiap peniaga. Dan dunia akan datang kepadanya dengan sendirinya walaupun dia tidak menginginkannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1560, hadis no. 7901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Aisyah RA, secara marfu' disandarkan kepada Nabi SAW: Bila mana Allah menurunkan Adam ke bumi, baginda berdiri menghadap Kaabah lalu mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Lalu Allah mengilhamkan kepada Nabi Adam doa yang berikut: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang jelas padaku, maka terimalah pengampunanku ini dan Engkau tahu akan hajatku makan berilah permintaanku. Engkau juga tahu apa yang ada di dalam diriku maka ampunilah dosaku. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang memenuhi hatiku serta sebenar-benar keyakinan sehinggalah aku tahu bahawa tidak akan ada sesuatu yang terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan bagiku, aku juga memohon keredhaan dengan apa yang telah Engkau bahagikan untukku! Lalu Allah memberinya wahyu: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menerima taubatmu dan Aku telah mengampunkan dosamu. Dan tidak pernah seorang pun berdoa pada-Ku dengan doa ini melainkan Aku mengampunkan dosanya dan Aku cukupkan kepentingan urusannya dan Aku jauhkan syaitan darinya, dan Aku menambahkan untuknya rezekinya daripada setiap peniaga. Dan dunia akan datang kepadanya dengan sendirinya walaupun dia tidak menginginkannya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Awsat, Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Daifah, no. 6411].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman