TEKS BAHASA ARAB
لا أجمعهما له، هو أبو سليمان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku tidak menghimpunkannya, dia Abu Sulaiman.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis nombor 4910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن محمد بن زيد بن المهاجر بن قنفذ قال: لما ولد محمد بن طلحة بن عبيد الله؛ أتى به طلحة النبي -ﷺ-، فقال: أسمه محمدا. فقال: يا رسول الله! أكنيه أبا القاسم؟ قال: لا أجمعهما له، هو أبو سليمان.
[ابن أبي خيشمة في ((التاريخ))، ((الضعيفة))(5464)]
(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Zaid bin al-Muhajir bin Qanfaz telah berkata: Ketika Muhammad Ibn Talhah bin Ubaidillah dilahirkan, Talhah telah didatangi Baginda SAW lalu bersabda: Aku menamakannya Muhammad. Talhah bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah gelarannya Abu al-Qasim? Jawab Baginda: Aku tidak menghimpunkannya, dia Abu Sulaiman.
[Riwayat Ibn Abu Hismah dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5464].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.