Ketika mana ‘Umar nazak, beliau menjadikan (pemilihan pemimpin)

TEKS BAHASA ARAB

لما احتضر عمر؛ جعلها شورى بين علي وعثمان وطلحة والزبير وعبد الرحمن ابن عوف وسعد. فقال لهم علي: ((أنشدكم الله! هل فيكم أحد آخى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بينه وبينه – إذ آخى بين المسلمين – غيري؟ قالوا: اللهم! لا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana ‘Umar nazak, beliau menjadikan (pemilihan pemimpin) dengan mesyuarat telah diadakan antara ‘Ali, ‘Uthman, Thalhah, Zubair, Abd al-Rahman bin al-’Auf dan Sa’ad. ‘Ali berkata kepada mereka: “Aku seru kalian dengan nama Allah! Adakah ada selain aku di antara kalian yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Rasulullah SAW? Setahu aku tiada yang mempunyai ikatan persaudaraan bersama baginda melainkan persaudaraan Islam?” Mereka menjawab: "Demi Allah, tidak!"

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861 – 1862, hadis nombor 9395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن الطفيل لما احتضر عمر؛ جعلها شورى بين علي وعثمان وطلحة والزبير وعبد الرحمن ابن عوف وسعد. فقال لهم علي: ((أنشدكم الله! هل فيكم أحد آخى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بينه وبينه – إذ آخى بين المسلمين – غيري؟ قالوا: اللهم! لا)). [ابن عبد البر في ((الاستيعاب))، ((الضعيفة)) (4949)]

(Palsu) Daripada Ibn al-Tufail, ketika mana ‘Umar nazak, beliau menjadikan (pemilihan pemimpin) dengan mesyuarat telah diadakan antara ‘Ali, ‘Uthman, Thalhah, Zubair, Abd al-Rahman bin al-’Auf dan Sa’ad. ‘Ali berkata kepada mereka: “Aku seru kalian dengan nama Allah! Adakah ada selain aku di antara kalian yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Rasulullah SAW? Setahu aku tiada yang mempunyai ikatan persaudaraan bersama baginda melainkan persaudaraan Islam?” Mereka menjawab: "Demi Allah, tidak!" [Riwayat Ibn Abd al-Barr dalam al-Isti’aab. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.4949]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.