Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما احتضر عمر؛ جعلها شورى بين علي وعثمان وطلحة والزبير وعبد الرحمن ابن عوف وسعد. فقال لهم علي: ((أنشدكم الله! هل فيكم أحد آخى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بينه وبينه - إذ آخى بين المسلمين - غيري؟ قالوا: اللهم! لا)).
Teks Bahasa Melayu
Ketika mana ‘Umar nazak, beliau menjadikan (pemilihan pemimpin) dengan mesyuarat telah diadakan antara ‘Ali, ‘Uthman, Thalhah, Zubair, Abd al-Rahman bin al-’Auf dan Sa’ad. ‘Ali berkata kepada mereka: “Aku seru kalian dengan nama Allah! Adakah ada selain aku di antara kalian yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Rasulullah SAW? Setahu aku tiada yang mempunyai ikatan persaudaraan bersama baginda melainkan persaudaraan Islam?” Mereka menjawab: "Demi Allah, tidak!"
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861-1862, hadis no. 9395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن الطفيل لما احتضر عمر؛ جعلها شورى بين علي وعثمان وطلحة والزبير وعبد الرحمن ابن عوف وسعد. فقال لهم علي: ((أنشدكم الله! هل فيكم أحد آخى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بينه وبينه - إذ آخى بين المسلمين - غيري؟ قالوا: اللهم! لا)). [ابن عبد البر في ((الاستيعاب))، ((الضعيفة)) (4949)]
(Palsu) Daripada Ibn al-Tufail, ketika mana ‘Umar nazak, beliau menjadikan (pemilihan pemimpin) dengan mesyuarat telah diadakan antara ‘Ali, ‘Uthman, Thalhah, Zubair, Abd al-Rahman bin al-’Auf dan Sa’ad. ‘Ali berkata kepada mereka: “Aku seru kalian dengan nama Allah! Adakah ada selain aku di antara kalian yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Rasulullah SAW? Setahu aku tiada yang mempunyai ikatan persaudaraan bersama baginda melainkan persaudaraan Islam?” Mereka menjawab: "Demi Allah, tidak!" [Riwayat Ibn Abd al-Barr dalam al-Isti’aab. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.4949]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman