Ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk dan di sisinya ada beberapa orang wanita

TEKS BAHASA ARAB

إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف، ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران، فلا تفعلن، فإن الله يمقت على ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mengira salah seorang daripada kalian ketika mana suaminya mendatangi dirinya, pasti mereka berdua akan mendedahkan pakaian mereka sambil saling melihat aurat pasangannya seperti mana keadaan dua ekor keldai. Jawab salah seorang daripada mereka: Demi Allah dan ibu bapaku, kami pasti akan melakukannya. Baginda SAW bersabda: Maka janganlah lakukan perkara sedemikian. Sesungguhnya Allah SWT murka terhadap perkara tersebut.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis nombor 4959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: بينما رسول الله ﷺ جالس وعنده امرأة، إذ قال لها رسول الله ﷺ: إني لأحسبكن تخبرن بما يفعل بكن أزواجكن؟ قالت: أي والله بأبي وأمي يا رسول الله! إنا لنفتخر بذلك! فقال رسول الله ﷺ:فلا تفعلن، فإن الله يمقت من يفعل ذلك. قال لها: إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران؟ قالت: إي والله بأبي وأمي إنا لنفعل ذلك، قال: فلا تفعلن ذلك، فإن الله يمقت على ذلك.
[طب، ((الضعيفة)) (6006)].

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Umamah RA bahawa dia berkata: Ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk dan di sisinya ada beberapa orang wanita, kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada mereka: Sesungguhnya aku mengira bahawa kalian akan memberitahu apakah yang kalian telah lakukan bersama suami-suami kalian? Jawab salah seorang daripada mereka: Demi Allah dan juga ibu bapaku wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami berasa bangga dengan melakukan perkara sebegitu. Maka Rasulullah SAW bersabda: Maka janganlah kalian ceritakan. Sesungguhnya Allah murka kepada sesiapa yang melakukannya. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku mengira salah seorang daripada kalian ketika mana suaminya mendatangi dirinya, pasti mereka berdua akan mendedahkan pakaian mereka sambil saling melihat aurat pasangannya seperti mana keadaan dua ekor keldai. Jawab salah seorang daripada mereka: Demi Allah dan ibu bapaku, kami pasti akan melakukannya. Baginda SAW bersabda: Maka janganlah lakukan perkara sedemikian. Sesungguhnya Allah SWT murka terhadap perkara tersebut.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6006].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs