Ketika mana Rasulullah SAW melantik Ali RA sebagai pengganti baginda pada hari Ghadir Khum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما نصب رسول الله ﷺ عليا بغدير (خم)، فنادى له بالولاية؛ هبط جبريل -عليه السلام- بهذه الآية: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana Rasulullah SAW melantik Ali RA sebagai pengganti baginda pada hari Ghadir Khum, Baginda mengisytiharkan buatnya kepimpinan, lalu turunlah Jibril AS dengan membawakan ayat ini: {Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu} [Surah Al-Maidah, ayat 3].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 487, hadis nombor 2619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه-، قال: ((لما نصب رسول الله ﷺ عليا بغدير (خم)، فنادى له بالولاية؛ هبط جبريل -عليه السلام- بهذه الآية: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا})). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4923)]

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata: Ketika mana Rasulullah SAW melantik Ali RA sebagai pengganti baginda pada hari Ghadir Khum, Baginda mengisytiharkan buatnya kepimpinan, lalu turunlah Jibril AS dengan membawakan ayat ini: {Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu} [Surah Al-Maidah, ayat 3].
[Riwayat Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4923]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.