TEKS BAHASA ARAB
ما سميتموه؟ فقلنا: محمدا. فقال: هذا اسمي، وكنيته أبو القاسم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kamu namakan bayi itu apa? Maka kami menjawab: Muhammad, Baginda SAW bersabda: Ini namaku, dan gelaran bayi tersebut adalah Abu al-Qasim.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 950, hadis nombor 4904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن عيسى بن طلحة: حدثتني ظئر لمحمد بن طلحة قالت: لما ولد محمد بن طلحة؛ أتينا به النبي ﷺ؛ فقال: ما سميتموه؟ فقلنا: محمدا. فقال: هذا اسمي، وكنيته أبو القاسم.
[طب، ك، ابن قانع، ((الضعيفة))(5452)].
(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Isa bin Talhah telah menceritakan kepadaku Zikr kepada Muhammad Bin Talhah, berkata: Ketika mana Muhammad bin Talhah lahir, kami datang kepada Nabi SAW Bersama-sama dengannya, lalu baginda SAW bersabda: Kamu namakan bayi itu apa? Maka kami menjawab: Muhammad, Baginda SAW bersabda: Ini namaku, dan gelaran bayi tersebut adalah Abu al-Qasim.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5452].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.