Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay

Teks Bahasa Arab

لمَّا كَان يومُ قريظةَ والنضيرِ جاءَ رسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - بصفيةَ بنتِ حُيَيٍّ وذراعُهَا في يدِه فلمَّا رأتِ السَّبْيَ قَالَتْ: أشهدُ أَن لَا إِلهَ إِلا اللهُ وأَنّكَ رسولُ اللهِ، فأرسلَ ذِراعَها من يدِه وأعْتَقَها وخَطَبَهَا وتزوَّجها وأَمْهَرَهَا رُزَينَةً.

Teks Bahasa Melayu

Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya.

Sahabat Perawi

  1. Razinah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis no. 5013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رزينة قالت: لما كان يوم قريظة والنضير، جاء رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بصفية بنت حيي وذراعها في يده، فلما رأت السبي؛ قالت: أشهد أن لا إله إلا الله، وأنك رسول الله، فأرسل ذراعها من يده، وأعتقها، وخطبها، وتزوجها، وأمهرها رزينة. [ع، طب، ((الضعيفة)) (6750)].

(Munkar) Daripada Ruzainah RA berkata: Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6750].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.