Ketika mana aku menerima wahyu atau diberitakan atau perkataan yang seumpama dengannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما أوحي إلي أو نبئت او كلمة نحوها جعلت لا أمر بحجر لا شجر إلا قال: السلام عليك يا رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana aku menerima wahyu atau diberitakan atau perkataan yang seumpama dengannya, aku tidak melalui sebiji batu atau sebatang pokok melainkan kesemuanya akan menyapa: Salam sejahtera atas kamu, wahai Rasulullah.

STATUS

Bahagian awalnya Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis nombor 5654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لما أوحيَ إليّ أو نبّئتُ او كلمة نحوها جعلت لا أمرُّ بحجرٍ لا شجرٍ إلا قال: السلام عليك يا رسول الله. [البزار، الضعيفة (6574)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda: Ketika mana aku menerima wahyu atau diberitakan atau perkataan yang seumpama dengannya, aku tidak melalui sebiji batu atau sebatang pokok melainkan kesemuanya akan menyapa: Salam sejahtera atas kamu, wahai Rasulullah. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6574]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.