Bahagian awalnya Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا أُوحِىَ إلَِيَّ أَوْ نُبِئْتُ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا جُعِلْتُ لَا أَمُرُّ بِحَجَرٍ وَلَا شَجَرٍ إِلَّا قَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ!.
Teks Bahasa Melayu
Ketika mana aku menerima wahyu atau diberitakan atau perkataan yang seumpama dengannya, aku tidak melalui sebiji batu atau sebatang pokok melainkan kesemuanya akan menyapa: Salam sejahtera atas kamu, wahai Rasulullah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Bahagian awalnya Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis no. 5654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لما أوحيَ إليّ أو نبّئتُ او كلمة نحوها جعلت لا أمرُّ بحجرٍ لا شجرٍ إلا قال: السلام عليك يا رسول الله. [البزار، الضعيفة (6574)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda: Ketika mana aku menerima wahyu atau diberitakan atau perkataan yang seumpama dengannya, aku tidak melalui sebiji batu atau sebatang pokok melainkan kesemuanya akan menyapa: Salam sejahtera atas kamu, wahai Rasulullah. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6574]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman