TEKS BAHASA ARAB
لما غسلت النبي صلى الله عليه وسلم اقتلصت ماء محاجره فشربته فورثت علم الأولين والآخرين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika mana aku memandikan Nabi SAW, aku menakung air tempat mandian Baginda lalu aku minum. Lantas aku mewarisi ilmu orang yang terdahulu dan orang yang terkemudian.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث عَليّ «لَمَّا غَسَّلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْتَلَصْتُ مَاءَ مَحَاجِرِهِ فَشَرِبْتُهُ فَوَرَثْتُ عِلْمَ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ» قَالَ النَّوَوِيّ لَيْسَ بِصَحِيح، وَفِي الذيل «امتصصت مَاء محاجن عَيْنَيْهِ وسرته» وَالْبَاقِي وَجَوَاب النَّوَوِيّ كَمَا قَالَ.
Hadith ‘Ali: “Ketika mana aku memandikan Nabi SAW, aku menakung air tempat mandian Baginda lalu aku minum. Lantas aku mewarisi ilmu orang yang terdahulu dan orang yang terkemudian.” Imam al-Nawawi berkata: Ia tidak sahih. Dalam kitab al-Zayl menyebut: Maksudnya: “Aku menyedut air di dua kelopak mata dan pusat Baginda.” Bakinya seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.