Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketika mana aku duduk bersama Abu Bakrah

Teks Bahasa Arab

بينا أنا قاعد مع أبي بكرة، إذ جاء رجل فسلم عليه، فقال: أما تعرفني؟ فقال له أبو بكرة: من أنت؟ قال: تعلم رجلا أتى النبي ﷺ فأخبره أنه رأى الردم؟ فقال أبو بكرة: أنت هو؟ قال: نعم، قال: اجلس حدثنا، قال: انطلقت حتى انطلقت إلى أرض ليس لأهلها إلا الحديد يعلمونه، فدخلت بيتا، فاستلقيت فيه على ظهري، وجعلت رجلي على جداره، فلما كان عند غروب الشمس سمعت صوتا لم أسمع مثله فرعبت فجلست، فقال لي رب البيت، لا تذرعن فإن هذا لا يضرك، هذا صوت قوم ينصرفون هذه الساعة من عند هذا السد، قال: فيسرك أن تراه؟ قلت: نعم، قال: فغدوت إليه، فإذا لبنة من حديد، كل واحدة مثل الصخرة، وإذا كأنه البرد المحبر، وإذا مسامير مثل الجذوع، فأتيت رسول الله ﷺ فأخبرته، فقال: ((صفه لي))، فقلت: كأنه البرد المحبرة، فقال رسول الله ﷺ: ((من سره أن ينظر إلى رجل قد أتي الردم فلينظر إلى هذا))، قال أبو بكرة: صدق .

Teks Bahasa Melayu

Ketika mana aku duduk bersama Abu Bakrah, seorang lelaki datang memberi salam kepadanya dan bertanya: "Tidakkah engkau mengenali aku?" Abu Bakrah menjawab: "Siapakah engkau?" Lelaki itu membalas: "Kamu mengetahui seorang lelaki yang datang pada Nabi SAW dan memaklumkan kepada baginda yang dia melihat dinding tembok." Abu Bakrah bertanya: "Engkaukah orang itu?" Lelaki itu menjawab: "Ya." Abu Bakrah berkata: "Duduklah. Ceritakanlah pada kami." Lelaki itu mula bercerita: Aku mengembara sehingga sampai ke satu kawasan yang penduduknya hanya mengenali besi, lalu aku masuk ke dalam sebuah rumah. Aku berbaring di atas lantai dan kakiku berada di dinding. Apabila matahari mula tenggelam, aku mendengar satu suara yang aku tidak pernah mendengar seumpamanya. Ia membuatkan aku takut dan terduduk. Pemilik rumah itu berkata kepadaku: "Janganlah takut kerana ini tidak akan memudaratkan engkau. Ini suara kaum yang sampai saat ini terpenjara disebabkan tembok ini." Dia berkata lagi: "Mahukah aku bantu engkau untuk melihat tembok itu?" Dia menjawab: "Ya." Lelaki itu bercerita lagi: Aku pun pergi melihatnya. Ia besi yang telah dicairkan. Satu-satu bata besinya sebesar batu yang besar. Jika dilihat ia diibaratkan seperti kain berjalur dan paku-pakunya seperti batang-batang kayu tamar. Kemudian aku pergi melaporkan pada Nabi SAW lalu baginda bersabda: "Sifatkan ia padaku." Aku membalas: "Ia ibarat kain yang berjalur." Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin melihat orang pernah melihat tembok (Yakjuj Makjuj) lihatlah lelaki ini." Abu Bakrah berkata: "Benar."

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1794, hadis no. 9044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن يوسف بن أبي مريم الحنفي، قال: بينا أنا قاعد مع أبي بكرة، إذ جاء رجل فسلم عليه، فقال: أما تعرفني؟ فقال له أبو بكرة: من أنت؟ قال: تعلم رجلا أتى النبي ﷺ فأخبره أنه رأى الردم؟ فقال أبو بكرة: أنت هو؟ قال: نعم، قال: اجلس حدثنا، قال: انطلقت حتى انطلقت إلى أرض ليس لأهلها إلا الحديد يعلمونه، فدخلت بيتا، فاستلقيت فيه على ظهري، وجعلت رجلي على جداره، فلما كان عند غروب الشمس سمعت صوتا لم أسمع مثله فرعبت فجلست، فقال لي رب البيت، لا تذرعن فإن هذا لا يضرك، هذا صوت قوم ينصرفون هذه الساعة من عند هذا السد، قال: فيسرك أن تراه؟ قلت: نعم، قال: فغدوت إليه، فإذا لبنة من حديد، كل واحدة مثل الصخرة، وإذا كأنه البرد المحبر، وإذا مسامير مثل الجذوع، فأتيت رسول الله ﷺ فأخبرته، فقال: ((صفه لي))، فقلت: كأنه البرد المحبرة، فقال رسول الله ﷺ: ((من سره أن ينظر إلى رجل قد أتي الردم فلينظر إلى هذا))، قال أبو بكرة: صدق . [البزار، ((الضعيفة)) (1070)]

(Sangat Lemah) Daripada Yusuf bin Abu Maryam al-Hanafi berkata: Ketika mana aku duduk bersama Abu Bakrah, seorang lelaki datang memberi salam kepadanya dan bertanya: "Tidakkah engkau mengenali aku?" Abu Bakrah menjawab: "Siapakah engkau?" Lelaki itu membalas: "Kamu mengetahui seorang lelaki yang datang pada Nabi SAW dan memaklumkan kepada baginda yang dia melihat dinding tembok." Abu Bakrah bertanya: "Engkaukah orang itu?" Lelaki itu menjawab: "Ya." Abu Bakrah berkata: "Duduklah. Ceritakanlah pada kami." Lelaki itu mula bercerita: Aku mengembara sehingga sampai ke satu kawasan yang penduduknya hanya mengenali besi, lalu aku masuk ke dalam sebuah rumah. Aku berbaring di atas lantai dan kakiku berada di dinding. Apabila matahari mula tenggelam, aku mendengar satu suara yang aku tidak pernah mendengar seumpamanya. Ia membuatkan aku takut dan terduduk. Pemilik rumah itu berkata kepadaku: "Janganlah takut kerana ini tidak akan memudaratkan engkau. Ini suara kaum yang sampai saat ini terpenjara disebabkan tembok ini." Dia berkata lagi: "Mahukah aku bantu engkau untuk melihat tembok itu?" Dia menjawab: "Ya." Lelaki itu bercerita lagi: Aku pun pergi melihatnya. Ia besi yang telah dicairkan. Satu-satu bata besinya sebesar batu yang besar. Jika dilihat ia diibaratkan seperti kain berjalur dan paku-pakunya seperti batang-batang kayu tamar. Kemudian aku pergi melaporkan pada Nabi SAW lalu baginda bersabda: "Sifatkan ia padaku." Aku membalas: "Ia ibarat kain yang berjalur." Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin melihat orang pernah melihat tembok (Yakjuj Makjuj) lihatlah lelaki ini." Abu Bakrah berkata: "Benar." [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1070]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.