Ketika mana aku diperjalankan (pada peristiwa Isra' Mikraj), aku melihat pada tiang 'Arasy tertulis

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما أسري بي؛ رأيت في ساق العرش مكتوبا: لا إله إلا الله، محمد رسول الله صفوتي من خلقي، أيدته بعلي ونصرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana aku diperjalankan (pada peristiwa Isra’ Mikraj), aku melihat pada tiang ‘Arasy tertulis: Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad utusan Allah, yang terbaik dari kalangan ciptaanku, dan aku menyokongnya dengan Ali, dan aku membantunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 487, hadis nombor 2618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الحمراء خادم رسول الله ﷺ مرفوعا: ((لما أسري بي؛ رأيت في ساق العرش مكتوبا: لا إله إلا الله، محمد رسول الله صفوتي من خلقي، أيدته بعلي ونصرته)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4902)]

(Palsu)
Daripada Abu Al-Hamra’, pembantu Nabi SAW secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika mana aku diperjalankan (pada peristiwa Isra’ Mikraj), aku melihat pada tiang ‘Arasy tertulis: Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad utusan Allah, yang terbaik dari kalangan ciptaanku, dan aku menyokongnya dengan Ali, dan aku membantunya.
[Riwayat Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4902]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.