TEKS BAHASA ARAB
حديث: لما أسري بي إلى بيت المقدس، مر بي جبريل بقبر أبي إبراهيم، فقال: انزل يا محمد، فصل هنا ركعتين، ثم مر بي ببيت لحم، فقال: انزل فصل ههنا، وذكر حديثا طويلا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ketika mana aku diperjalankan ke Baitul Maqdis, Jibril membawaku melalui kubur moyangku Nabi Ibrahim, dia berkata: Turunlah wahai Muhammad dan solatlah 2 rakaat di sini. Kemudian kami melalui Bayt Al-Lahm. Dia berkata: Turunlah dan solat di sini. Dia menyebut hadis yang panjang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 441, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابْنُ حِبَّانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مرفوعًا، وفي إسناده: بكر بن زياد، وقال ابن حبان: دجال، يضع الحديث.قال الذهبي: صدق ابن حبان.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah secara marfu’. Dalam sanadnya terdapat Bakr bin Ziyad. Ibn Hibban berkata: Dajjal, seorang pemalsu hadis.Al-Zahabi berkata: Ibn Hibban telah bercakap benar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.