Ketika mana ‘Aishah al-Khath’amiyyah berada di sisi al-Hasan bin ‘Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

كانت عائشة الخثعمية عند الحسن بن علي –رضي الله عنه-، فلم قتل علي –رضي الله عنه-، قالت: لتهنأك الخلافة! قال: بقتل علي تظهرين الشماتة! اذهبي فأنت طالق، يعني ثلاثا، قال: فتلفعت بثيابها وقعدت حتى قضت عدّتها، فبعث إليها ببقية بقيت من صداقها، وعشرة آلاف صدقة، فلما جاءها الرسول قالت: متاع قليل من حبيب مفارق، فلما بلغه قولها بكى ثم قال: لولا أني سمعت جدّي أو حدثني أبي أنه سمع جدي يقول: ((أيما رجل طلق امرأته ثلاثا عند الأقراء، أو ثلاثا مبهمة، لم تحل له حتى تنكح زوجا غيره)). لراجعتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana ‘Aishah al-Khath’amiyyah berada di sisi al-Hasan bin ‘Ali RA dia berkata: “Mereka akan mengucapkan tahniah ke atasmu di atas pelantikan sebagai khalifah”. Lantas al-Hasan RA berkata: “Dengan pembunuhan ‘Ali RA kamu pula menunjukkan kegembiraan di atas kesusahan orang lain. Pergilah, kamu telah aku talak – iaitu talak tiga –“.
Suwaid berkata: “(Bekas isterinya) telah melitup dirinya dengan pakaian, kemudian dia kekal sebegitu sehingga habis tempoh ‘iddahnya”. Maka, al-Hasan RA telah mengutuskan kepadanya baki jumlah mahar yang masih tersisa dan juga nafkah sebanyak 10 ribu. Apabila datangnya utusan (yang menghantar barangan) dia berkata: “Barang yang sedikit dari kekasih yang terpisah”.
Apabila kata-kata ‘Aishah al-Khath’amiyyah itu sampai kepada pengetahuan al-Hasan RA, dia menangis seraya berkata: “Kalaulah aku tidak mendengar datukku atau ayahku meriwayatkan bahawa dia mendengar datukku berkata: Sesungguhnya lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga ketika suci atau talak tiga yang samar (tidak tahu isterinya haid atau tidak), isterinya tidak menjadi halal buatnya (untuk dirujuk kembali) sehinggalah dia berkahwin dengan suami yang lain, nescaya aku akan kembali rujuk padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سويد بن غفلة، قال: كانت عائشة الخثعمية عند الحسن بن علي –رضي الله عنه-، فلم قتل علي –رضي الله عنه-، قالت: لتهنأك الخلافة! قال: بقتل علي تظهرين الشماتة! اذهبي فأنت طالق، يعني ثلاثا، قال: فتلفعت بثيابها وقعدت حتى قضت عدّتها، فبعث إليها ببقية بقيت من صداقها، وعشرة آلاف صدقة، فلما جاءها الرسول قالت: متاع قليل من حبيب مفارق، فلما بلغه قولها بكى ثم قال: لولا أني سمعت جدّي أو حدثني أبي أنه سمع جدي يقول: ((أيما رجل طلق امرأته ثلاثا عند الأقراء، أو ثلاثا مبهمة، لم تحل له حتى تنكح زوجا غيره)). لراجعتها.
[هق، طب، ((الضعيفة)) (1210)].

(Lemah)
Daripada Suwaid bin Ghaflah bahawa dia berkata: Ketika mana ‘Aishah al-Khath’amiyyah berada di sisi al-Hasan bin ‘Ali RA dia berkata: “Mereka akan mengucapkan tahniah ke atasmu di atas pelantikan sebagai khalifah”. Lantas al-Hasan RA berkata: “Dengan pembunuhan ‘Ali RA kamu pula menunjukkan kegembiraan di atas kesusahan orang lain. Pergilah, kamu telah aku talak – iaitu talak tiga –“.
Suwaid berkata: “(Bekas isterinya) telah melitup dirinya dengan pakaian, kemudian dia kekal sebegitu sehingga habis tempoh ‘iddahnya”. Maka, al-Hasan RA telah mengutuskan kepadanya baki jumlah mahar yang masih tersisa dan juga nafkah sebanyak 10 ribu. Apabila datangnya utusan (yang menghantar barangan) dia berkata: “Barang yang sedikit dari kekasih yang terpisah”.
Apabila kata-kata ‘Aishah al-Khath’amiyyah itu sampai kepada pengetahuan al-Hasan RA, dia menangis seraya berkata: “Kalaulah aku tidak mendengar datukku atau ayahku meriwayatkan bahawa dia mendengar datukku berkata: Sesungguhnya lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga ketika suci atau talak tiga yang samar (tidak tahu isterinya haid atau tidak), isterinya tidak menjadi halal buatnya (untuk dirujuk kembali) sehinggalah dia berkahwin dengan suami yang lain, nescaya aku akan kembali rujuk padanya”.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1210].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs