Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketika kota Makkah dibebaskan oleh Rasulullah SAW, Iblis bertempik memanggil konco-konconya

Teks Bahasa Arab

لما افتتحَ صلى الله عليه وسلم مكةَ رنَّ إبليسُ رنةً اجتمعتْ إليه جنودُه فقال: ايْأَسُوا أن ترتدَّ أمّةُ محمدٍ على الشّركِ بعدَ يومكم هذا، ولكنِ افتنُوهم في دينهم وأفشُوا فيهم النَوْح.

Teks Bahasa Melayu

Ketika kota Makkah dibebaskan oleh Rasulullah SAW, Iblis bertempik memanggil konco-konconya, lalu berkata: Berputus asalah daripada memurtadkan umat Muhammad dengan kesyirikan selepas peristiwa hari ini. Tetapi berikan mereka fitnah dalam agama mereka, dan sebarkan perbuatan meratap dalam kalangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1069, hadis no. 5451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: لما افتتح صلى الله عليه وسلم مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده فقال: ايأسوا أن ترتد أمة محمد على الشرك بعد يومكم هذا ولكن افتنوهم في دينهم وأفشوا فيهم النوح. [طب، الضعيفة (5004)]

(Lemah): Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika kota Makkah dibebaskan Rasulullah SAW, iblis bertempik memanggil konco-konconya, lalu berkata: Berputus asalah daripada memurtadkan umat Muhammad dengan kesyirikan selepas peristiwa hari ini. Tetapi berikan mereka fitnah dalam agama mereka, dan sebarkan perbuatan meratap dalam kalangan mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5004)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.