Ketika Khurasan dibuka, tiada apa bagiku dan Khurasan. Apakah ada pelindung bagi Khurasan?

TEKS BAHASA ARAB

قول عمر: رضي الله عنه: لما فتحت خراسان، مالي ولخراسان، وما لخراسان ولي، وددت أن بيني وبين خراسان جبال من نار، وألف سد، كل سد مثل يأجوج ومأجوج، فقال علي بن أبي طالب: مهلا يا ابن الخطاب هل أتيت بعلم محمد، أو اطلعت على علم محمد، فإن لله بخراسان، يقال لها: مرو، أسسها أخي ذو القرنين، ثم ذكر كلاما طويلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umar RA berkata : Ketika Khurasan dibuka, tiada apa bagiku dan Khurasan? Apakah ada pelindung bagi Khurasan, aku mahu ada antara aku dengan Khurasan bukit bukau dari api dan 1000 penghalang. Setiap penghalang seumpama Yakjuj dan Makjuj. Ali bin Abi Talib berkata: Bertenang wahai Ibn al-Khattab, adakah ilmu Muhammad telah diberikan padamu, atau engkau telah melihat pada ilmu Muhammad, bagi Allah suatu tempat di Khurasan yang bernama Merv. Ia diasaskan oleh Zulkarnain, kemudian dia menyebutkan kata-kata yang panjang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 433-434, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عَدَّدَ فِيهِ كَثِيرًا مِنْ مَدَائِنِ خُرَاسَانَ، وهو موضوع بلا شك، وفي إسناده: أبو عصمة، نوح ابن أبي مريم، وهو واضعه.

Disebutkan padanya banyak bandar-bandar di Khurasan. Ia palsu tanpa syak lagi. Dalam sanadnya ada Abu Ismah, Nuh bin Abu Maryam, iaitu pemalsu hadis ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs