Ketika kamu membenci kamu akan mengetahui

TEKS BAHASA ARAB

حين تقلي تدري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kamu membenci kamu akan mengetahui.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 34, hadis nombor 122. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث وإنما هو مثل ذكره أبو عبيد وغيره بلفظ حين تقلين تدرين قال السخاوي ويشير إليه / قوله تعالى: {يعلمون حين يرون العذاب من أضل سبيلا} [الفرقان: 42] قلت وكذلك قوله تعالى: {وسيعلم الذين ظلموا} [الشعراء: 227].

Bukan hadith, ia hanyalah sebuah perumpamaan. Disebutkan oleh Abu ‘Ubaid dan lain-lain dengan lafaz: “Ketika kalian membenci maka kalian akan mengetahui”.
Al-Sakhawi berkata: Firman Allah Ta’ala mengisyaratkan kepada kenyataan tersebut:
يَعْلَمُونَ حِينَ يَرَوْنَ الْعَذَابَ مَنْ أَضَلُّ سَبِيلًا
“Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: Siapakah Yang sebenar-benarnya sesat jalannya”. [Surah al-Furqan ayat 42].
Saya berkata: Demikian juga firman Allah Ta’ala:
وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ
“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana mereka akan kembali”. [al-Shu’ara’ ayat 227].

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs