Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Ketika kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang tua yang digelar sebagai: Qabisah

Teks Bahasa Arab

أمَّا لدنياكَ؛ فإذا صلَّيت الصُّبحَ فقل بعد صلاةِ الصُّبحِ: سبحانَ اللهِ العظيمِ وبحمدِه، ولا حولَ ولا قوةَ إلَّا باللهِ، ثلاثَ مرَّاتٍ، يوقيك اللهُ من بلايا أربعٍ؛ من الجُذامِ، والجُنونِ، والعمَى، والفالِجِ. فأمَّا لآخرتِك؛ فقل: الَّلهمَّ اهدِني من عندِك، وأفِض عليَّ من فضلِك، وانشُر عليَّ رحمتَك، وأنزِل عليَّ من بركاتِك، والَّذي نفسِي بيدِه لئن وافَى بهنَّ يومَ القيامةِ لم يدعهنَّ، ليَفتحُنَّ لهُ أربعةَ أبوابٍ من الجنَّةِ، يدخلُ مِن أيِّها شاءَ.

Teks Bahasa Melayu

Adapun untuk dunia kamu, sekiranya kamu telah selesai melakukan solat Subuh, maka ucapkanlah setelahnya: Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji baginya. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. (Ucapkanlah ia) sebanyak tiga kali. Nescaya Allah akan melindungi kamu dengannya daripada empat bala: Iaitu penyakit kusta, gila, buta, dan juga penyakit lumpuh. Adapun untuk akhirat kamu, ucapkanlah: Ya Allah, berilah hidayah dari sisi-Mu untukku, limpahkanlah ke atasku dari kurniaan-Mu, tebarkanlah rahmat-Mu ke atasku, turunkanlah keberkatan-Mu ke atasku. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya dia melakukannya dan tidak meninggalkannya sehingga sampai ke hari kiamat, nescaya akan dibuka empat pintu syurga untuknya, dan dia boleh memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 266, hadis no. 1384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: بينما نحن عند رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذ أقبل شيخ يقال له قبيصة، فقال له رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما جاء بك، وقد كبرت سنك، ودق عظمك؟)) فقال: يا رسول الله كبرت سني، ودق عظمي، وضعفت قوتي، واقترب أجلي. فقال: أعد علي قولك، فأعاد عليه، ثم قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ما بقي حولك شجر ولا حجر ولا مدر إلا بكى رحمة لقولك، فهات حاجتك، فقد وجب حقك، فقال: يا رسول الله! علمني شيئا ينفعني الله به في الدنيا والآخرة، ولا تكثر علي، فإني شيخ نسي، قال: ((أما لدنياك؛ فإذا صليت الصبع فقل بعد الصلاة الصبح: سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثلاث مرات، يوقيك الله من بلايا أربع؛ من الجذام، والجنون، والعمى، والفالج. فأما لآخرتك؛ فقل: اللهم اهدني من عندك، وأفض علي من فضلك، وانشر علي رحمتك، وأنزل علي من بركاتك. والذي نفسي بيده لئن وافى بهن يوم القيامة لم يدعهن، ليفتحن له أربعة أبواب من الجنة، يدخل من أيها شاء)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2928)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang tua yang digelar sebagai: Qabisah. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Apa yang menyebabkan kamu datang ke sini, sedangkan umur kamu telah begitu tua dan tulang belulang kamu telah rapuh. Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, umurku telah tua, tulangku telah rapuh, kekuatanku telah lemah, dan ajalku semakin menghampiri. Lalu dia berkata: Ulang semula kata-katamu tadi kepadaku. Maka baginda pun mengulangi semula kata-katanya. Kemudian Rasulullah SAW berkata: Tidak berbaki di sekeliling kamu pokok-pokok, batu-batu, dan juga debu-debu melainkan ia akan menangis kerana kasihan akan ucapanmu ini. Sebutkanlah hajatmu kerana sesungguhnya telah wajib hak buat kamu. Maka dia berkata: Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang Allah memberikan manfaat kepadaku dengannya di dunia dan di akhirat, dan janganlah kau menyebut banyak kepadaku kerana aku seorang tua yang cepat lupa. Kemudian Rasulullah berkata: Adapun untuk dunia kamu, sekiranya kamu telah selesai melakukan solat Subuh, maka ucapkanlah setelahnya: Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji baginya. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. (Ucapkanlah ia) sebanyak tiga kali. Nescaya Allah akan melindungi kamu dengannya daripada empat bala: Iaitu penyakit kusta, gila, buta, dan juga penyakit lumpuh. Adapun untuk akhirat kamu, ucapkanlah: Ya Allah, berilah hidayah dari sisi-Mu untukku, limpahkanlah ke atasku dari kurniaan-Mu, tebarkanlah rahmat-Mu ke atasku, turunkanlah keberkatan-Mu ke atasku. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya dia melakukannya dan tidak meninggalkannya sehingga sampai ke hari kiamat, nescaya akan dibuka empat pintu syurga untuknya, dan dia boleh memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2928]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.