Ketika kami membuka Khaibar, mereka mengeluarkan harta rampasan yang terdiri barangan dan hamba, lalu orang ramai berjual beli harta rampasan mereka

TEKS BAHASA ARAB

((أنا أنبئك بخير رجل ربح))، قال: ما هو يا رسول الله؟ قال: ((ركعتين بعد الصلاة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Aku akan beritakan sebaik-baik keuntungan yang didapati oleh seseorang.)). Dia berkata: “Apakah ia wahai Rasulullah SAW?” Nabi bersabda: ((2 rakaat (solat sunat) selepas solat (fardhu).))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606 – 607, hadis nombor 3145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد الله بن سلمان أن رجلا من أصحاب النبي حدثه قال لما فتحنا خيبر أخرجوا غنائمهم من المتاع ‌والسبي، فجعل الناس يتبايعون غنائمهم، فجاء رجل فقال: يا رسول الله لقد ربحت ربحا ما ربح مثله أحد من أهل هذا الوادي! قال: ((ويحك ما ربحت؟)) قال: ما زلت أبيع وابتاع حتى ربحت ثلاثمئة أوقية. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا أنبئك بخير رجل ربح))، قال: ما هو يا رسول الله؟ قال: ((ركعتين بعد الصلاة)). [د، ((الضعيفة)) (2948)].

(Lemah)
Daripada Ubaidillah bin Salman bahawa seorang lelaki dari sahabat Nabi SAW menceritakan, beliau berkata: “Ketika kami membuka Khaibar, mereka mengeluarkan harta rampasan yang terdiri barangan dan hamba, lalu orang ramai berjual beli harta rampasan mereka, lalu datang seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah mendapat keuntungan yang tidak ada seorang pun di lembah ini memperolehi seakannya.” Baginda bersabda:((Wah, keuntungan apa yang telah kamu dapatkan?)) Dia berkata: “Aku berjual beli sehingga aku mendapatkan 300 uqiyah (perak).” Rasulullah SAW bersabda: ((Aku akan beritakan sebaik-baik keuntungan yang didapati oleh seseorang)). Dia berkata: “Apakah ia wahai Rasulullah SAW?” Nabi bersabda: ((2 rakaat (solat sunat) selepas solat (fardhu).))
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2948].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs