Lemah
5 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
((أنا أنبئُكَ بخيرِ رجلٍ رَبِحَ))، قال: ماهوَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال: ((ركعتينِ بعدِ الصَّلاةِ)).
Teks Bahasa Melayu
((Aku akan beritakan sebaik-baik keuntungan yang didapati oleh seseorang.)). Dia berkata: "Apakah ia wahai Rasulullah SAW?" Nabi bersabda: ((2 rakaat (solat sunat) selepas solat (fardhu).))
Sahabat Perawi
- Ubaidillah bin Salman
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606 - 607, hadis no. 3145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبيد الله بن سلمان أن رجلا من أصحاب النبي حدثه قال لما فتحنا خيبر أخرجوا غنائمهم من المتاع والسبي، فجعل الناس يتبايعون غنائمهم، فجاء رجل فقال: يا رسول الله لقد ربحت ربحا ما ربح مثله أحد من أهل هذا الوادي! قال: ((ويحك ما ربحت؟)) قال: ما زلت أبيع وابتاع حتى ربحت ثلاثمئة أوقية. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا أنبئك بخير رجل ربح))، قال: ما هو يا رسول الله؟ قال: ((ركعتين بعد الصلاة)). [د، ((الضعيفة)) (2948)].
(Lemah) Daripada Ubaidillah bin Salman bahawa seorang lelaki dari sahabat Nabi SAW menceritakan, beliau berkata: “Ketika kami membuka Khaibar, mereka mengeluarkan harta rampasan yang terdiri barangan dan hamba, lalu orang ramai berjual beli harta rampasan mereka, lalu datang seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, aku telah mendapat keuntungan yang tidak ada seorang pun di lembah ini memperolehi seakannya." Baginda bersabda:((Wah, keuntungan apa yang telah kamu dapatkan?)) Dia berkata: "Aku berjual beli sehingga aku mendapatkan 300 uqiyah (perak)." Rasulullah SAW bersabda: ((Aku akan beritakan sebaik-baik keuntungan yang didapati oleh seseorang)). Dia berkata: "Apakah ia wahai Rasulullah SAW?" Nabi bersabda: ((2 rakaat (solat sunat) selepas solat (fardhu).)) [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2948].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman