Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan, pemegang tali unta bersenandung

Teks Bahasa Arab

كنَّا مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في سفرٍ وحادٍ يحدو : طافَ الخَيَالانِ فهاجا سَقَمًا ، خيالٌ تُكنَّى وخيالٌ تَكَتَّمَا ، قامت تُريكَ خشيةً أن تَصرِمَا ، ساقًا بخنداةً وكعبًا أَدْرَمَا . والنبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لا يُنكرُ ذلكَ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan, pemegang tali unta bersenandung : Sepasang kekasih bertemu bermadu kasih, seorang wanita dan seorang jejaka mendiamkan diri; melihatnya, si wanita risau ditinggalkan, maka disingkap betisnya indah dan menari-nari seperti arnab. Nabi SAW tidak mengingkari perbuatannya itu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1118, hadis no. 5652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر، وحادٍ يحدو: طاف الخيالان فهاجا سقما *** خيال تكنى وخيال تكتما قامت تريك خشية أن تصرما *** ساقا بخنداة وكعبا أدرما والنبي صلى الله عليه وسلم لا ينكر ذلك. [عد، ابن عساكر، الضعيفة (6513)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan, pemegang tali unta bersenandung : Sepasang kekasih bertemu bermadu kasih, seorang wanita dan seorang jejaka mendiamkan diri; melihatnya, sang wanita risau ditinggalkan, maka disingkap betisnya indah dan menari-nari seperti arnab. Nabi SAW tidak mengingkari perbuatannya itu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6513]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.