Ketika kami berada pada zaman Rasulullah SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنا زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه؛ لم يكن لنا مناديل، إلا أكفنا، وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي، ولا نتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kami berada pada zaman Rasulullah SAW, jarang sekali kami mendapatkan makanan. Jika kami mendapat makanan, kami tiada kain lap untuk membersihkan diri melainkan telapak tangan, lengan dan kaki kami. Setelah kami makan, kami menunaikan solat tanpa berwuduk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- قال: كنَّا زمانَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ، وقليلٌ ما نجدُ الطَّعامَ، فإذا نَحنُ وجدناهُ؛ لم يَكُن لَنا مَناديلُ، إلَّا أَكُفُّنا، وسواعدُنا وأقدامُنا، ثمَّ نُصلِّي، ولا نَتوضَّأُ.
[ھ، ((الضعيفة)) (5675)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Ketika kami berada pada zaman Rasulullah SAW, jarang sekali kami mendapat makanan. Jika kami mendapat makanan, kami tiada kain lap untuk membersihkan diri melainkan telapak tangan, lengan dan kaki kami. Setelah kami makan, kami menunaikan solat tanpa berwuduk.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5675]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.