Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنَّا زمانَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ، وقليلٌ ما نجدُ الطَّعامَ، فإذا نَحنُ وجدناهُ؛ لم يَكُن لَنا مَناديلُ، إلَّا أَكُفُّنا، وسواعدُنا وأقدامُنا، ثمَّ نُصلِّي، ولا نَتوضَّأُ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika kami berada pada zaman Rasulullah SAW, jarang sekali kami mendapatkan makanan. Jika kami mendapat makanan, kami tiada kain lap untuk membersihkan diri melainkan telapak tangan, lengan dan kaki kami. Setelah kami makan, kami menunaikan solat tanpa berwuduk.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis no. 10304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - قال: كنَّا زمانَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ، وقليلٌ ما نجدُ الطَّعامَ، فإذا نَحنُ وجدناهُ؛ لم يَكُن لَنا مَناديلُ، إلَّا أَكُفُّنا، وسواعدُنا وأقدامُنا، ثمَّ نُصلِّي، ولا نَتوضَّأُ. [ھ، ((الضعيفة)) (5675)]
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Ketika kami berada pada zaman Rasulullah SAW, jarang sekali kami mendapat makanan. Jika kami mendapat makanan, kami tiada kain lap untuk membersihkan diri melainkan telapak tangan, lengan dan kaki kami. Setelah kami makan, kami menunaikan solat tanpa berwuduk. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5675]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman