Ketika kami berada pada zaman Rasulullah ﷺ, kami jarang mendapati makanan

TEKS BAHASA ARAB

كنا زمان رسول الله ﷺ وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه؛ لم يكن لنا مناديل؛ إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kami berada pada zaman Rasulullah ﷺ, kami jarang mendapati makanan. Justeru apabila kami mendapatkan makanan, kami tidak mempunyai kain lap (tisu), melainkan tapak tangan kami, lengan kami dan kaki kami. Kemudian kami menunaikan solat tanpa membasuhnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 422, hadis nombor 2272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: «كنا زمان رسول الله ﷺ وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه؛ لم يكن لنا مناديل؛ إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ». [هـ، خ، «الضعيفة» (5675)].

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: "Ketika kami berada pada zaman Rasulullah ﷺ, kami jarang mendapati makanan. Justeru apabila kami mendapatkan makanan, kami tidak mempunyai kain lap (tisu), melainkan tapak tangan kami, lengan kami dan kaki kami. Kemudian kami menunaikan solat tanpa membasuhnya". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Bukhari dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5675].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs