Ketika itu malam (giliranku) bersama Rasulullah ﷺ, lalu baginda keluar secara senyap

TEKS BAHASA ARAB

كانت ليلتي من رسول الله ﷺ، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجت غيرى، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح، فسمعته يقول: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب! هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم. قالت: فرفع رأسه فقال: ما أخرجك؟ قالت: ظن ظننته! قال: إن بعض الظن إثم، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يغفر – أظنه قال: – له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika itu malam (giliranku) bersama Rasulullah ﷺ, lalu baginda keluar secara senyap. Aku menyangka bahawa baginda keluar secara senyap untuk menemui isterinya yang lain, maka aku pun keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati baginda sedang sujud seperti baju yang tercampak, sambil aku mendengar baginda membaca: "Telah sujud kepada-Mu diriku dan fikiranku dan hatiku juga telah beriman dengan-Mu. Tuhan! Inilah dua tanganku dan kesalahan yang telah aku lakukan dengannya kepada diriku, wahai Yang Maha Agung! Diharapkan kepada setiap yang agung, ampunkanlah dosa yang besar". ‘Aishah berkata: Lalu baginda mengangkat kepalanya dan baginda bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu keluar?". Beliau menjawab: "Satu prasangka yang aku fikirkan!". Baginda bersabda: "Sesungguhnya sebahagian prasangka itu ialah dosa, maka kamu mohonlah ampun kepada Allah! Sesungguhnya Jibrail AS telah mendatangiku lalu dia menyuruhku supaya aku membaca ungkapan-ungkapan yang kamu telah dengar ini. Justeru, bacalah ia pada sujudmu. Kerana sesungguhnya siapa yang mengucapkannya, nescaya tidaklah dia mengangkat kepalanya sehinggalah diampunkan – aku menduga baginda mengatakan: – baginya".

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368-369, hadis nombor 1966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: «كانت ليلتي من رسول الله ﷺ، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجت غيرى، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح، فسمعته يقول: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب! هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم. قالت: فرفع رأسه فقال: ما أخرجك؟ قالت: ظن ظننته! قال: إن بعض الظن إثم، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يغفر – أظنه قال: – له». [ع، عق، عد، «الضعيفة» (6579)].

(Sangat Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Ketika itu malam (giliranku) bersama Rasulullah ﷺ, lalu baginda keluar secara senyap. Aku menyangka bahawa baginda keluar secara senyap untuk menemui isterinya yang lain, maka aku pun keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati baginda sedang sujud seperti baju yang tercampak, sambil aku mendengar baginda membaca: "Telah sujud kepada-Mu diriku dan fikiranku dan hatiku juga telah beriman dengan-Mu. Tuhan! Inilah dua tanganku dan kesalahan yang telah aku lakukan dengannya kepada diriku, wahai Yang Maha Agung! Diharapkan kepada setiap yang agung, ampunkanlah dosa yang besar". ‘Aishah berkata: Lalu baginda mengangkat kepalanya dan baginda bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu keluar?". Beliau menjawab: "Satu prasangka yang aku fikirkan!". Baginda bersabda: "Sesungguhnya sebahagian prasangka itu ialah dosa, maka kamu mohonlah ampun kepada Allah! Sesungguhnya Jibrail AS telah mendatangiku lalu dia menyuruhku supaya aku membaca ungkapan-ungkapan yang kamu telah dengar ini. Justeru, bacalah ia pada sujudmu. Kerana sesungguhnya siapa yang mengucapkannya, nescaya tidaklah dia mengangkat kepalanya sehinggalah diampunkan – aku menduga baginda mengatakan: – baginya". [Riwayat Abu Ya‘la, al-‘Uqayli dan Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 6579].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs