Ketika hari pembukaan kota Mekah, ‘Ikrimah bin Abu Jahal melarikan diri

TEKS BAHASA ARAB

لما كان يوم فتح مكة، هرب عكرمة بن أبي جهل، وكانت امرأته أم حكيم بنت الحارث بن هشام امرأة عاقلة، أسلمت، ثم سألت رسول الله ﷺ الأمان لزوجها، فأمرها برده، فخرجت في طلبه، وقالت له: جئتك من عند أوصل الناس، و أبر الناس، وخير الناس، وقد استمنت لك، فأمنك، فرجع معها، فلما دنا من مكة، قال رسول الله ﷺ لأصحابه: يأتيكم عكرمة بن أبي جهل مؤمنا مهاجرا، فلا تسبوا أباه، فإن سب الميت يؤذي الحي، ولا يبلغ الميت، فلما بلغ باب رسول الله ﷺ استبشر ووثب له رسول الله ﷺ قائما على رجليه، فرحا بقدومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika hari pembukaan kota Mekah, ‘Ikrimah bin Abu Jahal melarikan diri. Ketika itu isterinya Ummu Hakim binti al-Harith bin Hisham merupakan seorang yang banyak akal telah pun memeluk Islam. Kemudian dia meminta kepada Rasulullah SAW jaminan keamanan kepada suaminya. Lalu baginda mengarahkannya untuk mendapatkan suaminya. Dia keluar pergi mendapatkan suaminya. Dia berkata kepada suaminya: “Aku datang kepada kamu daripada seorang yang suka menyambung pertalian manusia, orang paling baik hati, baik perilakunya dan aku meminta jaminan keamanan untuk kamu daripada baginda. Baginda juga bersetuju." Dia (‘Ikrimah) pulang bersama isterinya. Dan apabila mereka mendekati Mekah, Rasulullah SAW bersabda: “‘Ikrimah bin Abu Jahal datang kepada kamu semua dalam keadaan beriman dan berhijrah. Maka janganlah memaki ayahnya. Sesungguhnya memaki yang mati hanya akan menyakitkan yang hidup. Makian itu tidak sampai kepada yang mati.” Apabila ‘Ikrimah sampai ke pintu di mana Rasulullah SAW berada, baginda melompat kegembiraan ketika baginda sedang berdiri kerana terlalu gembira dengan kedatangan ‘Ikrimah.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis nombor 9052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن الزبير -رضي الله عنهما-، قال: لما كان يوم فتح مكة، هرب عكرمة بن أبي جهل، وكانت امرأته أم حكيم بنت الحارث بن هشام امرأة عاقلة، أسلمت، ثم سألت رسول الله ﷺ الأمان لزوجها، فأمرها برده، فخرجت في طلبه، وقالت له: جئتك من عند أوصل الناس، و أبر الناس، وخير الناس، وقد استمنت لك، فأمنك، فرجع معها، فلما دنا من مكة، قال رسول الله ﷺ لأصحابه: يأتيكم عكرمة بن أبي جهل مؤمنا مهاجرا، فلا تسبوا أباه، فإن سب الميت يؤذي الحي، ولا يبلغ الميت، فلما بلغ باب رسول الله ﷺ استبشر ووثب له رسول الله ﷺ قائما على رجليه، فرحا بقدومه. [ك، ((الضعيفة)) (1443)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Az-Zubair RA berkata: Ketika hari pembukaan kota Mekah, ‘Ikrimah bin Abu Jahal melarikan diri. Ketika itu isterinya Ummu Hakim binti al-Harith bin Hisham merupakan seorang yang banyak akal telah pun memeluk Islam. Kemudian dia meminta kepada Rasulullah SAW jaminan keamanan kepada suaminya. Lalu baginda mengarahkannya untuk mendapatkan suaminya. Dia keluar pergi mendapatkan suaminya. Dia berkata kepada suaminya: “Aku datang kepada kamu daripada seorang yang suka menyambung pertalian manusia, orang paling baik hati, baik perilakunya dan aku meminta jaminan keamanan untuk kamu daripada baginda. Baginda juga bersetuju." Dia (‘Ikrimah) pulang bersama isterinya. Dan apabila mereka mendekati Mekah, Rasulullah SAW bersabda: “‘Ikrimah bin Abu Jahal datang kepada kamu semua dalam keadaan beriman dan berhijrah. Maka janganlah memaki ayahnya. Sesungguhnya memaki yang mati hanya akan menyakitkan yang hidup. Makian itu tidak sampai kepada yang mati.” Apabila ‘Ikrimah sampai ke pintu di mana Rasulullah SAW berada, baginda melompat kegembiraan ketika baginda sedang berdiri kerana terlalu gembira dengan kedatangan ‘Ikrimah.” [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1443]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.